i’m not a perfect girl , my hair doesn't always stay in place and i spill things a lot i’m pretty clumsy and sometimes i have a broken heart my friends and i sometimes fight . maybe some days nothing goes right . but when i think about and take a step back , i remember how amazing life truly is and that maybe . just maybe . i like being unperfect ..

tips menjaga hati kekasih


lilo dah sediakan dan kongsikan kat sini beberapa tips untuk menjaga hati kekasih ketika bersama, kadang-kadang tidak semua manusia itu sempurna, jangan pula korang anggap tips-tips ini boleh pakai seratus peratus.. semua yang terjadi adalah kehendak tuhan, tapi kita tetap perlu berusaha dalam mencapai dan memperolehi apa yang kita inginkan dan sekurang-kurangya kita dah banyak berusaha..

Tiada benda akan kita perolehi jika tanpa usaha, dan jika kita gagal, teruskan usaha tanpa putus asa. Mungkin kita dah di takdirkan untuk gagal selama 3 kali berturut-turut dan kita akan berjaya untuk kali ke-4, dan rugi la kalau kita tidak mencuba untuk kali ke-4 dan terus berputus asa.. Apa pun tak dapat. teruskan berusaha sampai berjaya.. Melalut pula lilo, ok la teruskan dengan tips-tips menjaga kekasih... (Untuk kegunaan lelaki dan wanita sahaja, untuk pondan mungkin tidak berkesan)

  • Sentiasa 'friendly' ketika bersama, jangan terlalu sombong. Jika anda seorang pendiam, cubalah untuk tidak berdiam sahaja ketika bersama. Cuba cakap apa-apa yang baru.
  • Sentiasa lah jujur terhadap pasangan. Jangan menipu kerana bila perkara yang di tipu itu di ketahui, akan menyebabkan peperangan dunia yang ke-3.
  • Jangan berlagak seperti seorang yang baik dan bagus(minta maaf kalau ada yg terasa). Perangai ini boleh menyebabkan pasangan anda akan pandang rendah dan serong terhadap anda andainya berlaku sesuatu yang 'membocorkan' ketidak'baik' dan ketidak'bagus' anda.
  • Jangan berlagak seperti anda lebih pintar, lebih dewasa, lebih bagus, lebih, lebih, lebih n lebih lagi, sebab benda ni akan sebabkan pasangan tidak akan selesa. Dalam hubungan ada 2, lelaki dan perempuan, maka perlu la komunikasi yang baik dan tidak la seperti 'kapel' seorang diri.
  • Izinkan pasangan anda tunjukkan perangai sebenar kerana bila bersama terlalu lama atau berkahwin nanti anda dan dia tidak lagi mampu untuk 'berlakon' di hadapan pasangan masing-masing. Jika ada perangai yang yang tidak di sukai, terima lah teguran dengan hati yang terbuka dan berubah bukan kerana terpaksa, tetapi kerana MAHU BERUBAH.
  • Jaga perangai korang. jangan perasan kamu seorang yang hendsome atau cantik, kerana jika mempunyai rupa sekalipun, anda tidak akan dapat dan miliki hati pasangan jika 'RUPA' bukan ciri-ciri yang di kehendaki. Zaman sekarang tidak lagi memandang kepada rupa, tetapi lebih kepada PERANGAI.
  • Sama seperti di atas, rupa, harta, bentuk badan bukan menjadi ukuran,tetapi kepandaian, kejujuran, dan baik tingkah laku yang penting. (Berapa banyak pasangan orang kaya yang setia bersama)
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada(terutamanya perempuan). Mula-mula mungkin biasa, tetapi lama-kelamaan akan menjadi beban. INGAT: JANGAN BERKASIH ANDAI TERBEBAN.
  • Jaga lah hubungan korang dengan keluarga kekasih. Jika korang nak hidup bersam, korang tidak akan dapat lari dari bertemu dan berhubungan dengan keluarga pasangan anda.
  • Jadi lah pasangan yang mampu untuk meluahkan rasa (baik n buruk) dan yang pentingya selalu bersedia untuk MENDENGAR.
  • Menjadi teman ketika SUSAH dan SENANG. Selalu bersedia bersama walau pahit dan manis.
  • Menghormati insan-insan yang rapat dengan kekasih anda seperti keluarga atau temen-teman rapat, kerana jika anda kurang ajar dengan keluarga atau teman-teman pasangan, pasangan kita juga akan terasa.
  • Selalu bersikap setia dan tidak curang. Kalau pandai sembunyikan sekalipun, mungkin pasangan anda juga akan begitu. "You pay nut, you got nut".
  • Bertanya lah khabar. sekurang-kurangya 2 atau 3 kali seminggu.
  • Gembirakan pasangan anda dengan benda-benda yang baharu.(Yang ini kena fikirkan sendiri)
  • Jika bergaduh, cuba jangan keluarkan perkataan "putus". Ketika marah,kita tidak akan mampu menahan emosi, tapi berjaga-jaga lah dengan perkataan keramat ni. Mungkin ringkas, tapi kesannya akan sebabkan sebuah "pesawat" terhempas.
  • Mengahargai pasangan anda.(Yang ini korang kena selidik sendiri, sebab korang kebih kenal pasangan korang)
  • Jangan bosankan pasangan dengan benda yang berulang-ulang.(Contohnya, setiap kali keluar, asyik makan McD je, agak-agak korang an, apa akan jadi? Cuba-cuba lah untuk makan di warung-warung atau kedai mamak, (bukan masalah duit, tapi kebosanan))
  • Kurangkan berjanji, kerana insan yang berkasih ini selalunya manja dengan pasangan walaupun dia seorang fighter, ahli gusti n sebagainya. Dan seorang yang manja akan menagih janjinya.



3 comments:

  1. yg tips no 12 tuh.. yg jgn membosankan pasangan tuh..

    ex bf aku bosan dgn sikap aku.. terlalu kebudak-budakkan.. tapi aku ni penyabar... aku boleh bersabar dgn dia 4 tahun.. tapi dia x boleh sabar dgn sikap aku.. dia makin bosan dgn sikap aku. aku pon bosan dgn sikap dia yg baran, cpt marah.. dia dah berubah.. betul2 berubah... wlpn aku bosan, tapi aku tetap tahan dgn dia 4 tahun.. lastly... dia putuskan aku.. dia buang aku.. aku maafkan.. aku tetap doakan dia bahgia dgn keluarga tersayang.. aku ttp Maafkan dia.. :'(

    ReplyDelete