i’m not a perfect girl , my hair doesn't always stay in place and i spill things a lot i’m pretty clumsy and sometimes i have a broken heart my friends and i sometimes fight . maybe some days nothing goes right . but when i think about and take a step back , i remember how amazing life truly is and that maybe . just maybe . i like being unperfect ..

tak sampai 5 minit



 today lilo nak share something untuk blogger semua .. harap blogger semua baca okay ?
 tak sampai 5 minit pun ..

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......
AMIN.....

Luasnya Neraka


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-1. Para Nabi2 Para Ahli Jihad3. Para Alim Ulama4. Para Syuhada5. Para Penghafal Al Quran6. Imam atau Pemimpin yang Adil7. Tukang Azan8. Wanita yang mati kelahiran/beranak9. Orang mati dibunuh atau dianiaya10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)Untuk renungan dan amalan bersama ..DOA Nabi Allah Yunus"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"





tips menjaga hati kekasih


lilo dah sediakan dan kongsikan kat sini beberapa tips untuk menjaga hati kekasih ketika bersama, kadang-kadang tidak semua manusia itu sempurna, jangan pula korang anggap tips-tips ini boleh pakai seratus peratus.. semua yang terjadi adalah kehendak tuhan, tapi kita tetap perlu berusaha dalam mencapai dan memperolehi apa yang kita inginkan dan sekurang-kurangya kita dah banyak berusaha..

Tiada benda akan kita perolehi jika tanpa usaha, dan jika kita gagal, teruskan usaha tanpa putus asa. Mungkin kita dah di takdirkan untuk gagal selama 3 kali berturut-turut dan kita akan berjaya untuk kali ke-4, dan rugi la kalau kita tidak mencuba untuk kali ke-4 dan terus berputus asa.. Apa pun tak dapat. teruskan berusaha sampai berjaya.. Melalut pula lilo, ok la teruskan dengan tips-tips menjaga kekasih... (Untuk kegunaan lelaki dan wanita sahaja, untuk pondan mungkin tidak berkesan)

  • Sentiasa 'friendly' ketika bersama, jangan terlalu sombong. Jika anda seorang pendiam, cubalah untuk tidak berdiam sahaja ketika bersama. Cuba cakap apa-apa yang baru.
  • Sentiasa lah jujur terhadap pasangan. Jangan menipu kerana bila perkara yang di tipu itu di ketahui, akan menyebabkan peperangan dunia yang ke-3.
  • Jangan berlagak seperti seorang yang baik dan bagus(minta maaf kalau ada yg terasa). Perangai ini boleh menyebabkan pasangan anda akan pandang rendah dan serong terhadap anda andainya berlaku sesuatu yang 'membocorkan' ketidak'baik' dan ketidak'bagus' anda.
  • Jangan berlagak seperti anda lebih pintar, lebih dewasa, lebih bagus, lebih, lebih, lebih n lebih lagi, sebab benda ni akan sebabkan pasangan tidak akan selesa. Dalam hubungan ada 2, lelaki dan perempuan, maka perlu la komunikasi yang baik dan tidak la seperti 'kapel' seorang diri.
  • Izinkan pasangan anda tunjukkan perangai sebenar kerana bila bersama terlalu lama atau berkahwin nanti anda dan dia tidak lagi mampu untuk 'berlakon' di hadapan pasangan masing-masing. Jika ada perangai yang yang tidak di sukai, terima lah teguran dengan hati yang terbuka dan berubah bukan kerana terpaksa, tetapi kerana MAHU BERUBAH.
  • Jaga perangai korang. jangan perasan kamu seorang yang hendsome atau cantik, kerana jika mempunyai rupa sekalipun, anda tidak akan dapat dan miliki hati pasangan jika 'RUPA' bukan ciri-ciri yang di kehendaki. Zaman sekarang tidak lagi memandang kepada rupa, tetapi lebih kepada PERANGAI.
  • Sama seperti di atas, rupa, harta, bentuk badan bukan menjadi ukuran,tetapi kepandaian, kejujuran, dan baik tingkah laku yang penting. (Berapa banyak pasangan orang kaya yang setia bersama)
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada(terutamanya perempuan). Mula-mula mungkin biasa, tetapi lama-kelamaan akan menjadi beban. INGAT: JANGAN BERKASIH ANDAI TERBEBAN.
  • Jaga lah hubungan korang dengan keluarga kekasih. Jika korang nak hidup bersam, korang tidak akan dapat lari dari bertemu dan berhubungan dengan keluarga pasangan anda.
  • Jadi lah pasangan yang mampu untuk meluahkan rasa (baik n buruk) dan yang pentingya selalu bersedia untuk MENDENGAR.
  • Menjadi teman ketika SUSAH dan SENANG. Selalu bersedia bersama walau pahit dan manis.
  • Menghormati insan-insan yang rapat dengan kekasih anda seperti keluarga atau temen-teman rapat, kerana jika anda kurang ajar dengan keluarga atau teman-teman pasangan, pasangan kita juga akan terasa.
  • Selalu bersikap setia dan tidak curang. Kalau pandai sembunyikan sekalipun, mungkin pasangan anda juga akan begitu. "You pay nut, you got nut".
  • Bertanya lah khabar. sekurang-kurangya 2 atau 3 kali seminggu.
  • Gembirakan pasangan anda dengan benda-benda yang baharu.(Yang ini kena fikirkan sendiri)
  • Jika bergaduh, cuba jangan keluarkan perkataan "putus". Ketika marah,kita tidak akan mampu menahan emosi, tapi berjaga-jaga lah dengan perkataan keramat ni. Mungkin ringkas, tapi kesannya akan sebabkan sebuah "pesawat" terhempas.
  • Mengahargai pasangan anda.(Yang ini korang kena selidik sendiri, sebab korang kebih kenal pasangan korang)
  • Jangan bosankan pasangan dengan benda yang berulang-ulang.(Contohnya, setiap kali keluar, asyik makan McD je, agak-agak korang an, apa akan jadi? Cuba-cuba lah untuk makan di warung-warung atau kedai mamak, (bukan masalah duit, tapi kebosanan))
  • Kurangkan berjanji, kerana insan yang berkasih ini selalunya manja dengan pasangan walaupun dia seorang fighter, ahli gusti n sebagainya. Dan seorang yang manja akan menagih janjinya.



10 faktor anda gagal temuduga

Alam pelajaran sudahpun tamat dan kini menyusul pula alam pekerjaan. Sedikit demi sedikit, perjalanan hidup anda mula berubah dan menjadi semakin panjang. Petandanya adalah anda dan ramai graduan lain akan memulakan satu perlumbaan mencari kerjaya idaman.
Namun, dalam setiap persaingan, pasti ada golongan yang menang dan golongan yang kalah. Begitu juga halnya dalam perlumbaan mencari pekerjaan. Siapa yang mempunyai kelayakan yang cukup di mata majikan, dialah yang menang. Itu satu lumrah. Tidak boleh dikesampingkan.
Justeru, entri kali ini akan memaparkan 10 faktor mengapa anda boleh gagal dalam perlumbaan mencari kerja yang anda idam-idamkan. Entri ini saya dedikasikan khas kepada sahabat-sahabat lilo.

1. Tiada Keyakinan Diri

Disebabkan kurang pengalaman atau kurang maklumat mengenai hal-hal semasa. Oleh itu, calon dinasihatkan agar banyakkan pergaulan untuk menambah pengetahuan dan keyakinan apabila berinteraksi. Calon juga perlu memperbanyak membaca bahan-bahan ilmiah atau menonton dokumentari-dokumentari bagi menambah pengetahuan semasa mereka.
Untuk menambah keyakinan diri, calon juga dinasihatkan agar membaca tip-tip untuk lulus dalam temuduga, tidak kira untuk lulus temuduga kerajaan ataupun temuduga di syarikat swasta.

2. Tiada persediaan

Tidak membuat persediaan secara fizikal dan mental untuk menghadapi dunia pekerjaan ketika belajar dan selepas menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi.

3. Gagal Menguasai Komunikasi

Masalah ini biasa dihadapi oleh calon dari luar bandar, biasanya ketika melibatkan penggunaan medium komunikasi dalam bahasa asing seperti bahasa inggeris. Oleh itu, buka minda dan lapangkan pemikiran untuk menguasai bahasa inggeris.

4. Terikat Dengan Kelulusan

Ada di kalangan graduan atau pencari kerja yang tidak mahu bekerja selain daripada pekerjaan yang berkaitan dengan kelulusan yang dimiliki. Jadi peluang untuk mendapat kerja menjadi semakin sempit.

5. Kurang Kenalan

Semakin ramai kenalan semakin besarlah peluang anda untuk mendapat pekerjaan. Salah seorang daripada kenalan anda mungkin merupakan pekerja di sebuah organisasi. Jadi mereka mungkin tahu bila syarikat atau tempat kerja mereka mahu mengambil kakitangan baru. Jadi mereka pasti menghubungi anda mengenai peluang tersebut.

6. Kurang Bergaul(bersosial)

Kurang kecenderungan untuk bergaul dengan masyarakat luar sebaliknya menghadkan pergaulan kepada rakan seperjuangan atau ahli keluarga sahaja. Ini menyebabkan maklumat dan pengetahuan yang dimiliki agak terbatas. Ingat, pergaulan yang luas dapat meningkatkan daya komunikasi sama ada secara formal atau sebaliknya.

7. Kurang Penampilan

Tidak membiasakan penampilan diri yang kemas, segak anggun, menarik dan bergaya setiap hari. Ini menyebabkan anda kurang selesa dan kekok berkeadaan sebegitu ketika menghadiri temuduga.

8. Memilih Kerja

Ada di kalangan pencari kerja terlalu mengecilkan ruang dengan mencari jawatan yang diidamkan sahaja dan tidak mahu mencuba pekerjaan lain untuk mengumpul pengalaman.

9. Tidak Peka Perkembangan Semasa

Tidak peka terhadap apa yang berlaku di sekitar anda sama ada dari segi sosial, politik dan ekonomi menyebabkan anda tidak ada maklumat semasa yang terkini. Bayangkan jika penemuduga bertanya soalan seperti ini, “Siapa menteri kemajuan luar bandar dan industri asas tani ?” Jika anda jawab Muhyiddin Yassin. Habislah…

10. Kelulusan Tidak Sesuai

Kejadian ini berlaku disebabkan kursus yang dipilih ketika menuntut di institusi pengajian tinggi tidak sesuai dengan permintaan pasaran kerja.



senarai kekurangan dan keburukan

seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dan majlis perkahwinannya sungguh meriah . suatu majlis yg gemilang dan riang gembira serta diiringi paluan kompang dan gendang . pengantin perempuan sungguh cantik dan anggun dengan gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yg gagah , segak dan tampan .
setiap pasang mata yg memandang setuju mengatakan bahawa mereka pasangan yg saling mencintai dan sepadan .

beberapa bulan kemudian , si isteri berkata pada suaminya .. "abang saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah , bagaimana memperkukuhkan hubungandan tali pernikahan kita" katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut .

masingmasing kita akan mencatankan halhal yg kurang kita suka dari pasangan kita , kemudian kita akan membahas bagaimana kita mengubah halhal tersebut .. dan membuat perkahwinan bersama kita lebih bahagia .

suaminya setuju dan mereka mula memikirkan halhal dari pasangannya ,yg tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatatkan halhal yg kurang baik . kerana hal tersebut untuk kebaikkan mereka bersama .. malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatatkan apa yg terlintas dalam benak fikiran mereka masingmasing .

keesokan pagi ketika sarapan , mereka sedia membincangkannya . "saya mulakan dulu ya ..?" kata isteri .. lalu ia mengeluarkan senarainya . banyak sekali yg ditulisnya , sekitar 3 muka surat . ketika ia membacakan satu persatu hal yg tidak ia sukai dari suaminya , ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir .. "maafkan saya bang , adakan saya harus berhenti ?" tanyanya .. "oh tak mengapa teruskanlah sayang .." jawab suaminya .dan si isteri terus membacakan semua yg tersenarai , lalu kembali melipatkan kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia . "sekarang giliran abang baca senarai yg abang tulis" dengan suara pelahan suaminya berkata ;

"abang tidak mencatatkan sesuatu pun diatas kertas ini . abang berikir dirimu sudah sempurna , dan abang sekali-kali ingin mengubah akan dirimu . abang menyayangi dan menyitaimu kerana dirimu seadanya , awak terlalu cantik dan baik bagi abang .. tidak satu pun peribadimu yg tidak menyenangkanku sayang .." isteri tersentak dan tersentuh oleh kenyatan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya , bahawa suaminya menerimanya dengan seadanya .. ia terus tunduk dan menangis . "abang maafkan saya.."
tidak perlulah kita membuang masa memikirkan halhal yg negatif tentang pasangan kita , terimalah dia seadanya .

" hargailah pasangan anda , mengapa di cari secantik Balqis , andai diri tidak sehebat Sulaiman . mengapa mengharapkan teman setampan Yusof , jika kasih tidak setulus Zulaikha .. mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim , andai diri tidak sehebat Siti Hajar .. mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad , jika ada keburukan pada diri sendiri . bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan . CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA...BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU .. "





hakikat cinta

Jika kamu memancing ikan .. setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu . janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja .. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang . setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya . janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja ,
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu .
Jika kamu menadah air biarlah berpada , jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh .. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak . tentu sukar untuk kamu menampalnya semula , akhirnya ia dibuang .. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi .
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya . Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa . anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya . Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya .
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi . yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu . Menyayangimu , Mengasihimu , Mengapa kamu berlengah ? cuba membandingkannya dengan yang lain . Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak , kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah .